HomeGaya HidupTips kulit kekal ‘glowing’ di hari raya!

Tips kulit kekal ‘glowing’ di hari raya!

 

SIAPA je yang taknak kulit cerah dan glowing waktu hari raya nanti kan? Takkan nak biarkan kulit muka tu kusam, nanti makeup tebal tapi seri muka pun tak naik.

Kali ini MEDIA VARIASI akan kongsikan beberapa cara pantas untuk dapatkan kulit yang cantik berseri.

 

1. Sapukan ais pada wajah

Cara ini sangat berkesan untuk menutup pori-pori yang besar dekat muka kita. Ia juga mampu untuk mengurangkan bengkak eyebag bawah mata.

Maklumlah kaum hawa pasti bersengkang mata mengemas rumah pada malam raya sehingga tidak cukup rehat.

 

2. Pilih bedak asas yang sesuai

Warna bedak asas dan concealer yang sepadan dengan tona kulit anda bukan sahaja dapat menyembunyikan cela, tetapi ia membuatkan wajah kelihatan polos.

 

3. Scrub bibir

Untuk nampak bibir mungil dan tidak merekah, anda tidak boleh tinggal langkah ini.

Fungsi scrub bibir ini adalah untuk menanggalkan kulit mati supaya apabila mengenakan gincu dibibir ia akan tahan lebih lama dan lebih cantik ketika dipakai.

 

4. ‘Prep’ muka

Waktu hari raya nanti pasti anda akan banyak terdedah dengan panas terik sebab pergi beraya kan.

Kalau taknak makeup cair kena pastikan prep muka dengan betul supaya makeup dapat tahan lama.

Antara langkah ringkas untuk buatkan makeup tahan lama ialah mulakan dengan skincare dan habiskan dengan setting spray!

 

5. Exfoliate kulit

Sebelum pakai makeup, pastikan kulit anda sudah exfoliate untuk membuang sel-sel kulit mati dan wajah kita akan nampak lebih berseri kerana ia akan nampak lebih anjal.

Ikuti tips ini dan anda sudah bersedia beraya bersama-sama ahli keluarga dan kawan tanpa perlu risau jika wajah anda kusam atau kelihatan tidak bermaya.

Selamat mencuba!

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor