HomeHiburanEmma Maembong timang anak kedua

Emma Maembong timang anak kedua

 

CYBERJAYA: Pelakon, Emma Maembong, 31, selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Khabar gembira itu dikongsi suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 35, menerusi Instagram, semalam.

Anak kedua bagi pasangan sejoli itu diberi nama Shakil Aryan Shah.

“Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang lagi (anak) lelaki seberat 3.4 kilogram (kg) menerusi kelahiran secara normal.

“Allah Maha Besar. Shariq Gabriel bergelar abang sekarang,” tulis Shazli.

Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.

Pasangan tersebut menimang cahaya mata pertama sekitar November 2020.

Author

Pilihan Editor