LEICESTER City kini terus berada di zon penyingkiran apabila mereka tewas kepada Liverpool dengan jaringan 3-0 di Stadium King Power, awal pagi tadi.
Dengan kekalahan kepada Liverpool, pasukan itu jatuh ke tangga 19 dengan perbezaan dua mata pasukan Everton yang berada di tangga ke-17 liga.
Kejatuhan itu meletakkan Leicester City dalam situasi yang genting dalam saingan Liga Perdana pada musim hadapan.Â
Juara Liga Perdana musim 2015/16 itu perlu menang kesemua baki perlawanan liga untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam saingan tersebut pada musim akan datang dan memastikan pasukan Leeds dan Everton tidak mengutip mata penuh pada baki dua perlawanan.Â
Berbaki lagi dua perlawanan liga dengan menentang pasukan yang ditempat ketiga liga iaitu Newcastle United pada 23 Mei dan West Ham United pada 28 Mei ini.