HomeBeritaMahkamah & JenayahPengasuh aniaya bayi: Polis minta orang awam tampil beri kenyataan, bantu siasatan

Pengasuh aniaya bayi: Polis minta orang awam tampil beri kenyataan, bantu siasatan

CYBERJAYA: Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan tular video di WhatsApp berhubung isu penganiayaan bayi.

“Video tersebut menunjukkan seorang perempuan telah mengasari seorang bayi yang umurnya tidak pasti.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di satu daripada taska di kawasan Mutiara Rini,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu dikehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Semalam, tular di media sosial video pengasuh mengasari seorang bayi kerana tidak tahan mendengar suara tangisannya.

Dalam video tersebut, pengasuh berkenaan mengangkat bayi terbabit lantas dihempas beberapa kali kerana geram dengan mangsa yang menangis berterusan.

Dalam video kedua, dilihat kepala mangsa ditepuk berkali-kali sambil diherdik supaya berhenti menangis.

Bagaimanapun, perbuatan wanita berkenaan hanya membuatkan bayi tersebut terus menangis tanpa henti.

Author

Pilihan Editor