HomeBeritaViralGelagat anak lelaki kongsi cerita dengan si ayah tentang ‘crush’ cuit perhatian...

Gelagat anak lelaki kongsi cerita dengan si ayah tentang ‘crush’ cuit perhatian netizen

 

CYBERJAYA: Jarang kita dengar anak-anak berkongsi cerita dengan ayah, selalunya dengan ibu sebab mereka lebih penyayang berbanding ayah yang dilihat amat tegas.

Perkongsian video di TikTok Shahril KHMD, melihatkan anaknya, Alif, seperti tidak kekok berkongsi kisah cinta yang dialaminya kepada si bapa.

Dalam video tersebut, Alif menceritakan kembali situasi dia mendapat hadiah daripada seorang crush.

“Masa Alif tengah duduk minum air, ada seorang perempuan tu nak jumpa Alif, yang nak jumpa tu orang.

“Lepas Alif pergi dia bagi barang ni,” kongsi Alif kepada ayahnya.

Alif mendapat kertas bungkusan yang di dalamnya mengandungi barang seperti keychain, wafer, keropok mi serta sepucuk nota cinta.

Malah, video berkenaan turut mempamerkan reaksi si ayah yang terkesima saat melihat nota cinta itu tertera perkataan ‘I love you’ berserta nombor telefon yang ditulis oleh ‘crush’ anaknya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net beranggapan meskipun Alif masih kecil, dia memiliki raut wajah yang tampan.

“Kecil-kecil dah good looking, mana perempuan tak kejar adik,” komen netizen.

“Muka handsome suara garau siapa je tak suka,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

“Muka innocent macam ini ramai suka,” seloroh seorang netizen di ruangan komen itu.

Pada masa sama, ada juga yang berpendapat Alif beruntung kerana dikurniakan seorang ayah yang sempoi sehingga sanggup melayani kisah cinta yang dialaminya itu.

“Untuk ayah awak layan Alif, acik dulu dapat surat cinta terus kena rotan. Padahal acik pon tak tahu bila dia masukkan dalam beg sekolah acik,” luah netizen.

“Bagusnya dia siap bercerita dengan ayah dia lagi, ini maknanya bonding dengan ayah dia sebelum ini memang terbaik,” komen warga net.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor