HomeBeritaViralGerai nasi lemak bentang ‘red carpet’ khas untuk pembeli

Gerai nasi lemak bentang ‘red carpet’ khas untuk pembeli

 

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular mengenai sebuah gerai nasi lemak yang memberi kelainan dengan membentangkan karpet merah dihadapan gerainya sebagai penghargaan kepada pelanggan.

Menerusi video TikTok @ustazalinljt, kelihatan orang ramai beratur membeli nasi lemak di gerainya.

Malah, kelainan yang dibawa oleh pemilik nasi lemak itu membuatkan pelanggannya dapat merasai pengalaman berjalan di atas karpet merah seperti selebriti walaupun dengan hanya membeli sebungkus nasi lemak.

Selain itu, pemilik gerai tersebut turut menyediakan air balang secara percuma setiap hari Khamis untuk dijamu kepada pelanggannya.

“Cara-cara untuk menghargai customer yang hadir. Special untuk malam jumaat, air balang free,” tulisnya.

Bukan sekadar itu, dia turut menyediakan beberapa buah kerusi sebagai kemudahan bagi pelanggan yang menunggu.

Difahamkan, terdapat dua cawangan gerai dibuka di Shah Alam iaitu di belakang Aeon Mall Seksyen 13 dan di Seksyen 18. Waktu beroperasi bermula dari pukul 7 malam sehingga pukul 11 malam dan tutup pada hari Ahad.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor