LONDON: Istiadat pemakaman negara dan acara penghormatan terakhir Ratu Elizabeth II, yang berlangsung semasa tempoh perkabungan negara, menelan kos kira-kira £162 juta (hampir AS$200 juta), menurut Perbendaharaan pada Khamis.
Berlangsung pada 19 September tahun lalu, istiadat pemakaman itu diadakan 11 hari selepas kemangkatan Ratu, lapor Agensi Anadolu.
Dalam tempoh itu, ratusan ribu orang melawat Westminster untuk memberi penghormatan terakhir sehingga istiadat pemakaman negara diadakan.
Pejabat Dalam Negeri menyumbang perbelanjaan tertinggi sebanyak £74 juta, diikuti oleh Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan dengan £57 juta.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, John Glen, berkata tumpuan utama kerajaan pada masa itu adalah untuk memastikan kelancaran pelaksanaan istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II, sambil mengutamakan keselamatan dan keselamatan awam. – BERNAMA-ANADOLU