TOKYO: Polis sedang mengesan seorang pemancing yang dilaporkan hilang di sebuah tasik di wilayah paling utara Jepun, Hokkaido dan mengesyaki dia mungkin diserang beruang selepas kepala manusia ditemukan di kawasan itu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
Menurut polis, Toshihiro Nishikawa, 54, hilang ketika keluar memancing seorang diri pada Ahad di Tasik Shumarinai di pekan Horokanai dan seekor beruang dikesan dengan pakaian memancing berjuntai dari mulutnya, lapor Kyodo News.
Pegawai tempatan berkata, maklumat itu mendorong pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi memburu beruang dan pasukan mencari membunuh seekor haiwan itu pada petang Isnin.
Kepala manusia juga ditemukan semasa operasi di kawasan itu dan polis sedang menyiasat sama ada ia adalah milik Nishikawa, menurut Kyodo News.
Polis Hokkaido berkata penampakan beruang semakin meningkat tahun ini dan telah menerima 339 laporan sehingga Khamis lalu. – BERNAMA-XINHUA