SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Khamis mengisytiharkan bahawa hampir semua sekatan COVID-19 ditamatkan termasuk pengasingan mandatori sekali gus menyaksikan negara ini beralih kepada fasa endemik.
Yoon semasa mesyuarat tindak balas COVID-19 berkata tempoh kuarantin mandatori tujuh hari untuk pesakit COVID-19 akan dikurangkan kepada lima hari, lapor Agensi Berita Yonhap.
Beliau berkata, arahan pemakaian pelitup muka dalam bangunan juga akan ditarik balik kecuali di wad hospital dan tiada lagi ujian PCR sejurus ketibaan.
Langkah itu berkuat kuasa 1 Jun, manakala tahap krisis COVID-19 akan diturunkan daripada “serius” kepada “berjaga-jaga.”
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi “darurat kesihatan global.” – BERNAMA