ISLAMABAD: Polis wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan menembak mati seorang pengganas paling dikehendaki dalam satu kejadian di daerah Dera Ismail Khan pada Khamis, lapor Xinhua memetik kenyataan rasmi.
Menurut polis, Muhammad Iqbal alia Bali Khiyar mati berhampiran kawasan Fateh Mor bersama rakannya.
Anggota Skuad Anti-Pengganas polis mengepung pengganas berkenaan dan meminta mereka menyerah diri, namun melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan mereka ditembak mati dalam serangan balas, menurut polis.
Khyber Pakhtunkhwa dan wilayah Punjab membuat tawaran ganjaran wang untuk menangkap pengganas yang dikehendaki dalam 26 kes berkaitan keganasan, pembunuhan upahan serta penculikan pegawai polis dan orang awam untuk wang tebusan.
Menurut polis pengganas yang terbunuh itu juga terlibat dalam serangan ke atas pasukan kriket Sri Lanka pada 2009. – BERNAMA-XINHUA