LONDON: Polis menahan seorang individu selepas sebuah kereta merempuh pintu pagar pejabat dan kediaman Perdana Menteri Britain di Downing Street di tengah London pada Khamis.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan menurut polis siasatan sedang dijalankan, lapor Agensi Anadolu.
Individu terbabit ditahan oleh Polis Westminster kira-kira 16:20 (1520GMT).
Polis berkata kejadian itu dikendalikan oleh pegawai tempatan dan “pada masa ini tidak dianggap ada kaitan dengan keganasan.”
Garisan polis kekal diletakkan di luar Downing Street, tambah polis. – BERNAMA