HomeHiburanSyafiq Kyle berlakon drama ‘crime’ terbitan produksi United Kingdom

Syafiq Kyle berlakon drama ‘crime’ terbitan produksi United Kingdom

 

CYBERJAYA: Pelakon, Syafiq Kyle bakal bekerjasama dengan sebuah produksi berpangkalan di United Kingdom (UK) bagi sebuah drama bersiri berkisarkan kes penyiasatan.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, berkata, projek drama bersiri itu merupakan adaptasi daripada novel penyiasatan yang mengisahkan seorang inspektor datang ke beberapa negara untuk membuat siasatan.

“Saya akan bekerjasama dengan pihak produksi UK, yang judulnya masih lagi dirahsiakan dan akan mula jalani pengambaran bulan Julai ini.

“Siri ini diadaptasi daripada novel dan pelakon utama dari London, dia datang ke Malaysia kerana ada satu kes perlu diselesaikan.

“Watak saya sebagai Sarjan Syukur, skrip buat masa sekarang masih lagi rahsia,” katanya seperti dilapor mStar.

Mengulas lanjut, Syafiq yang juga pelakon utama bagi drama bersiri ‘One Cent Thief’, turut memaklumkan bahawa dia antara artis yang berjaya di dalam uji bakat dilakukan oleh pihak produksi berkenaan.

Katanya, kerjasama tersebut merupakan peluang dan permulaan awal bagi dirinya cuba memasuki pasaran luar.

“Dia orang cari pelakon dan saya datang untuk uji bakat, saya diterima. Ada beberapa pelakon Malaysia lain yang turut terlibat sama.

“Saya kena belajar Bahasa Inggeris dalam siri ini, saya suka perkara-perkara yang mencabar diri saya sebab itu saya ambil peluang ini selain ingin mengetengahkan bakat saya,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor