NEW YORK: Perintah darurat diisytiharkan di wilayah Alberta di Kanada berikutan cuaca panas dan kering yang mencetuskan banyak kejadian kebakaran hutan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
“Jumlah kebakaran hutan dan pemindahan telah meningkat dan kami perlu mengutamakan keselamatan penduduk Albertan,” menurut ciapan perdana menteri Danielle Smith di Twitter pada Sabtu, sambil berkata “semua sumber” telah dikerah untuk memadam kebakaran.
Menurut pihak berkuasa, hampir 25,000 penduduk setempat terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Sebanyak 109 kebakaran aktif direkodkan dengan 33 daripadanya disenaraikan sebagai di luar kawalan dan hampir 122,000 hektar tanah telah dibakar.
Christie Tucker, pengurus unit maklumat Alberta Wildfire, memberitahu CBC Kanada bahawa 800 hektar secara purata terbakar sepanjang tahun ini.
Angin kencang dan cuaca panas diramal berterusan. – BERNAMA