PARIS: Pasukan bomba di sebuah bandar di Perancis membebaskan seekor burung botak (stork) yang paruhnya tersekat dalam tin minuman sejak dua minggu lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kanak-kanak sekolah ternampak burung itu pada Selasa di wilayah Burgundy berhampiran bandar Tournus, menurut laporan penyiar France 3.
Burung itu sebelum ini dikesan 200 kilometer dari situ oleh seorang petani yang sempat merakam gambarnya tetapi tidak dapat menangkap untuk membantunya.
Pasukan bomba menggunakan dron untuk mengesan burung itu dan menangkapnya dengan jaring sebelum membebaskan paruhnya daripada tin minuman itu
Burung yang lemah itu kerana tidak makan atau minum, bermalam di pusat penyelamat pasukan bomba dan kemudiannya dibawa ke tempat perlindungan burung, menurut France 3.
Foto burung yang dirakam oleh pentani Paul Bubba tersebar luas di media sosial di Perancis. Orang ramai yang menyuarakan kebimbangan mengenai kesusahan burung itu, turut menggesa syarikat minuman Coca-Cola membantu. – BERNAMA-dpa