HomeBeritaViralDapur kedai SouqaPasta Akiejack dibakar individu tak puas hati

Dapur kedai SouqaPasta Akiejack dibakar individu tak puas hati

 

CYBERJAYA: Pempengaruh media sosial Akiejack, berkongsi berita sedih mengenai kejadian menimpa restoran miliknya iaitu SouqaPasta yang terlibat dalam kebakaran.

Menerusi perkongsian TikTok Akiejack, kejadian tersebut menyebabkan dapur bahagian belakang serta pintu dapur restorannya turut hangus dalam kebakaran tersebut.

Kejadian itu disedari oleh pekerjanya yang datang untuk membuka restoran pada pukul 9 pagi, hari ini.

“Dalam kedai lampu pecah, cashier drawer terbukak tapi dia tak ambil duit. Sebab sikit kot.

“Part belakang mereka bakar pintu. Tak sangka benda macam ini akan jadi dekat abang,” katanya.

Tambah Akiejack, sebelum ini dia pernah menerima ugutan sihir oleh seorang individu yang tidak berpuas hati dengannya.

“Hari tu, dengan ugutan sihir bagai. Aku cakap dekat kau kan, hidup aku tak senang mana pun kalau kau nak dengki sangat.

“Aku cuma boleh buat benda yang aku suka je dan orang yang suka tengok, masak dan makan.

“Kalau kau rasa tersinggung atau terganggu dengan kehadiran aku. Aku minta maaf ye. Aku buat semua untuk budak-budak aku saja,” ujarnya.

Disebabkan kejadian tersebut, Akiejack telah membuat laporan polis dan punca kejadian masih belum diketahui.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor