MANILA: Sebuah feri yang membawa 65 penumpang terbakar di luar wilayah Bohol, Filipina pada pagi Ahad, menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG).
Jurucakap PCG Armando Balilo berkata, M/V Esperanza Star dilaporkan terbakar sekitar 4:30 pagi waktu tempatan (2030 GMT) di perairan Pulau Panglao, lapor Xinhua.
Stesen PCG di Cebu City memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa akibat kejadian itu dan pihaknya sedang meneliti punca kebakaran. – BERNAMA-XINHUA