LOS ANGELES: Gelombang haba dijangka berlanjutan selama beberapa hari dan menjejaskan lebih 35 juta penduduk di selatan Amerika Syarikat, termasuk di Texas, Louisiana, dan Florida, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (NWS).
Gelombang haba dijangka berlanjutan sepanjang minggu ini, lapor Xinhua berdasarkan ramalan terkini NWS pada Isnin.
Ribut petir dan hujan lebat diunjur berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang di wilayah tenggara, manakala kebakaran berisiko terjadi di Wilayah barat daya, mengikut NWS.
Gelombang haba semakin kerap berlaku dari purata dua kali setahun pada 1960-an kepada enam kali setahun pada 2010-an dan 2020-an, menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. – BERNAMA-XINHUA