KUALA LUMPUR: Syarikat mainan dan hiburan terkemuka, Hasbro Malaysia melancarkan jenama terbaru mereka, Transformers yang diilhamkan oleh filem blockbuster yang akan datang, Transformers: Rise Of The Beasts yang akan ditayangkan di pawagam iaitu pada 8 Jun 2023.
Koleksi mainan kali ini yang berdasarkan filem bertujuan menghidupkan imaginasi peminat dari pelbagai peringkat umur untuk bermain dengan watak-watak terkenal seperti Optimus Prime dan Bumblebee dari Autobots.
Malah, peminat juga dapat melakukan interaksi dan bermain dengan watak-watak baru dalam siri ini termasuk Maximals Optimus Primal, Cheetor, Rhinox dan Airazor serta Decepticons Skullcruncher dan Battletrap.
Barisan mainan baharu ini bermula dari RM69.90 hingga RM199.90 dan boleh dibeli di mana-mana cawangan Toys R Us di seluruh negara. Manakala, pemberian diskaun untuk pembelian secara dalam talian seperti Shopee atau Lazada.
Selain daripada mainan hebat tersebut, Hasbro Malaysia turut mempersembahkan aksi-aksi Transformers Studio Series Deluxe dan Voyager yang diilhamkan oleh adegan ikonik dalam filem tersebut.
Dengan pelancaran mainan Transformers: Rise Of The Beasts ini, Hasbro berhasrat untuk memberi inspirasi buat para peminat bagi mencipta kenangan sepanjang hayat.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)