MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini melancarkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG).
Pelancaran NESDEG itu adalah sebahagian daripada langkah pertama pembangunan industri e-sukan di Malaysia.
NESDEG bertujuan untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh untuk tadbir urus yang lebih berkesan dari segi hak dan tanggungjawab dalam penggiat dan pemain didalam industri e-sukan.Â
Memetik laporan My Game On, perkara ini dirangka dengan kerjasama Esports Integrated (ESI), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan FUTURISE iaitu syarikat di bawah Kementerian Kewangan.
Panduan tersebut merangkumi garis panduan dan prosedur untuk membuat keputusan serta kawalan dalaman dan pengurusan risiko.
NESDEG terbahagi kepada enam teras utama yang meliputi skop yang paling penting untuk pembangunan ekosistem e-sukan yang selamat, bertenaga, inklusif dan mampan. Antara enam teras tersebut adalah:Â
- Pengurusan Kontrak Pemain
- Memantau dan Melindungi Kanak-kanak
- Tatakelakuan dan Etika
- Garis Panduan Laluan Kerjaya
- Aplikasi Sains dan Perubatan Sukan di dalam Sukan Elektronik
- Tadbir Urus Penganjuran Acara
ESI akan mengadakan kempen pendidikan di seluruh Malaysia untuk mempersembahkan kandungan dengan penambahan perbincangan yang lebih praktikal.
Panduan ini juga akan menjadi asas untuk organisasi e-sukan di Malaysia.