HomeHiburanKena 'reject' Sol, Aaron Aziz terus 'level up’ sepentas dengan ‘Thor’ Chris...

Kena ‘reject’ Sol, Aaron Aziz terus ‘level up’ sepentas dengan ‘Thor’ Chris Hemsworth

 

CYBERJAYA: Pelakon Aaron Aziz memberi kejutan kepada peminatnya apabila memuat naik sebuah video memaparkan dirinya berdiri sepentas bersama pelakon filem Marvel, Thor iaitu Chris Hemsworth.

Turut dilihat dalam video tersebut, pelakon Iedil Putra serta Sam Hargrave semasa berada di majlis pelancaran filem Netflix Extraction 2 di Filipina.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, meluahkan rasa syukur atas undangan ke tayangan perdana filem itu dan peluang bertemu dua pelakon hebat Hollywood.

Aaron juga turut memuji kehebatan filem lakonan aktor Hollywood itu yang disifatkan 1,000 kali lebih baik daripada Fast X.

“Alhamdulillah, inilah surprise yang abang katakan. Allah tahu yang terbaik.

Fight scene gempak gila!! 100 kali ganda lebih hebat dari Fast X. You all must watch!!” katanya.

Aaron berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen sempat menyindir tindakan pengarah Syamsul Yusof menggugurkan Aaron dalam filem arahannya.

Slay abang, rezeki lain orang tak nak kita, Allah gantikan yang lebih padu,” komen netizen.

“Kena khianat Sol terus level up. Terbaik Aaron Aziz! Make Malaysia proud abang. Makan hati Sol kat rumah tengok movie ini nanti,” tulis netizen.

“Kena reject dengan pengarah terhebat Malaysia (kononnya) tapi datang rezeki lagi padu, steady bro,” ucap netizen.

Terdahulu, timbul kontroversi apabila Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan dalam filem The Original Gangster (TOG). 

Aaron bagaimanapun, memberi kenyataan menjelaskan bahawa Syamsul beberapa kali datang ke rumahnya bagi membincangkan mengenai tawaran lakonan dan sedia maklum tentang tahap kesihatan yang dialami.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor