HomePendidikanMK K-Clique puji pencapaian pelajar SPM 2022, Nur Aisyah

MK K-Clique puji pencapaian pelajar SPM 2022, Nur Aisyah

KUALA LUMPUR: MK dari kumpulan K-Clique memuji kegigihan Nur Aisyah Muhamad Azuan untuk bangkit selepas pernah pernah gagal dengan gred E dalam dalam dua subjek peperiksaan akhir tahun.

Berkat kegigihannya berusaha untuk bangkit, Nur Aisyah menerima keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 meskipun pernah gagal (gred E) dalam dua subjek dalam peperiksaan akhir tahun.

Nur Aisyah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam di Selangor itu pernah gagal dalam subjek Kimia dan Matematik Tambahan pada peperiksaan akhir tahun.

Dia yang mengikuti pusat tuisyen di Pusat Peningkatan Akademik & Pakar Dalam Membantu Pelajar SPM (PTTI), kemudian berjaya meningkatkan pencapaian masing-masing kepada gred A- (Cemerlang) dan gred B (Baik) pada keputusan SPM itu.

Justeru, MK, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, tiada kejayaan tanpa usaha serta tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

“Real comeback is possible”.

“Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan.

“Selain kejayaan mendapat A- bagi subjek Kimia, Nur Aisyah juga lulus dengan gred B bagi matapelajaran Matematik Tambahan yang sebelumnya mendapat E.

“Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-Allah kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya,” katanya.

MK yang juga Duta PTTI berkata, kejayaan Nur Aisyah diharap menaikkan semangat buat semua pelajar SPM akan datang.

Secara keseluruhan, Nur Aisyah mendapat 7A dan 4B.

MK mempelawa pelajar Tingkatan Lima yang juga calon SPM 2023 untuk mendapatkan buku percuma SPM eksklusif daripada PTTI dengan menghubungi mereka secara direct message (DM) di Instagram.

MK seorang penyanyi, rapper dan pelakon, baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.

Pasangan itu diraikan pada majlis resepsi dalam suasana penuh romantis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat, rakan artis dan sanak-saudara.

Author

Pilihan Editor