CYBERJAYA: Telatah seorang kanak-kanak lelaki menangis kerana ingin melihat gambar Yang di-Pertuan Agong berjaya mencuit hati warga net.
Menerusi perkongsian video TikTok Tuan Que, difahamkan anaknya yang berusia dua tahun itu menangis kerana mahu melihat gambar Agong di telefon bimbitnya.
Bagaimanapun, anak kecil tersebut dilihat berhenti menangis dan tersenyum selepas hajatnya ingin melihat gambar Agong telah ditunaikan oleh bapanya.
Lebih mencuit hati, apabila anaknya yang masih kecil itu menggelarkan Agong sebagai ‘atuk’ manakala Permaisuri Agong sebagai ‘kakak’.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi anak kecil tersebut serta mendoakan adik itu dapat dipertemukan dengan Agong suatu hari nanti.
“Permaisuri Agong mesti nak jumpa adik ini. Sebab dia panggil kakak,” komen netizen.
“Amboi kakak ye adik, mesti kakak itu happy kemain nanti. Sudah la kakak ‘Raja Permaisuri’ sweet gila orangnya,” ujar netizen.
“Kasi viral bagi adik ni jumpa Agong. Comel je adik ini,” kongsi netizen.
“Mesti Permaisuri senyum lebar adik ini cakap kakak,” tulis netizen.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)