HomeHiburanTaylor Swift bakal gegarkan Singapura selama 6 hari!

Taylor Swift bakal gegarkan Singapura selama 6 hari!

 

CYBERJAYA: Penyanyi dan penulis lirik popular antarabangsa, Taylor Swift mengumumkan bakal mengadakan konsert The Era Tour selama enam hari di Stadium Nasional di Singapura.

Sebelum ini Taylor Swift mengumumkan akan menganjurkan konsert berkenaan selama tiga hari iaitu pada 2 hingga 4 Mac 2024 namun terdapat penambahan tarikh penganjuran iaitu pada 7 sehingga 9 Mac 2024.

Perkara itu dimaklumkan pihak penganjur, AEG Presents Asia menerusi pengumuman di Twitter baru-baru ini.

Untuk makluman, Singapura menjadi satu-satunya negara Asia Tenggara yang dikunjungi Taylor Swift bagi jelajah konsert The Era Tour kali ini.

Dijangkakan lebih daripada 200,000 peminat dari Asia Tenggara akan hadir memeriahkan konsert berkenaan.

Tiket jualan bagi tarikh tambahan akan dimaklumkan dalam masa terdekat menerusi laman web Ticketmaster.

Author

Pilihan Editor