PENGUMUMAN kemunculan penyanyi popular antarabangsa, Taylor Swift yang bakal mengadakan konsert jelajah The Eras Tour di Stadium Nasional Singapura pada 2 sehingga 4 Mac depan nyata membuatkan peminat di Asia begitu teruja.
Namun, ada juga yang sedih akan perkhabaran itu khususnya peminat Taylor Swift di Malaysia kerana negara Malaysia tidak tersenarai dalam konsert jelajahnya itu.
Meskipun kecewa, masih ramai yang nekad untuk mencuba nasib membeli tiket konsert di Singapura yang akan dijual mulai 5 Julai ini.
Malah, di Twitter terdapat seorang wanita menerusi akaun @lalalolss berkongsi tips dan itinerari ringkas cara mengikuti konsert berkenaan. Ikuti perkongsiannya dibawah:
Cara perjalanan mudah mengikuti konsert Taylor Swift di Singapura:
- Gerak pagi – ambil penerbangan atau naik bas ke Singapura
- Naik MRT ke Stesen Stadium atau Stesen Kallang – pergi konsert
- Keesokan hari – ambil penerbangan atau bas untuk pulang
- Anda boleh berehat di Lapangan Terbang Changi sambil menunggu atau tempat pengambilan bas – Golden Mile Complex
- Senarai lokasi ‘pick-up point’ bas: City Plaza, Lavender Street, Woodlands Checkpoint, Beach Road dan Chinatown
- Jika anda tidak mempunyai Big Pay atau Wise, anda boleh menggunakan kad bank tempatan, asalkan ia mempunyai ‘contactless symbol’, pilihan lain guna SG Tourist PassPerkara penting:
- Pastikan pasport masih sah!
- Kad Ketibaan Singapura (SGAC) benda wajib! Boleh isi secara dalam talian di web https://www.ica.gov.sg/
- Penghantaran percuma dalam masa tiga hari selepas ketibaan. Cara lain isi ketika sampai di lapangan terbang, SGAC checkpoint landmark dekat airport depan patung besar ini. *kalau isi dekat airport makan waktu sikit
Penginapan:
- Anda boleh buat tempahan hotel di Singapura ikut jam *incase anda tak mahu bermalam
- Senarai hotel anda boleh menginap caj per jam:
– Hotel G Singapore
– NuVe Urbane
– Soloha
– Ibis Budget
– ST Signature
*Harga biasanya bermula dari $30 bagi tempoh 2 jam
Tips untuk tempah hotel di Singapura:
- Pilih hotel berdekatan MRT atau pusat membeli-belah atau spot tourist (contoh: Orchard Road, Haji Lane, Little India bergantung kepada pilihan anda)
- Pastikan jumlah anda tempah sama dengan jumlah yang hadir, dekat sana sangat strict.
- Use keyword like Boutique Hotel SG untuk cari hotel yang tawar harga berpatutan untuk menginap
Selain itu, menerusi akaun Twitter @fiqrashid turut berkongsi beberapa tips menarik untuk memudahkan perjalanan di Singapura:
Pengangkutan:
- Bagi anda yang bawa pengangkutan sendiri seperti kereta atau motosikal, kena mohon autopass (untuk yang pertama kali) dekat web https://onemotoring.lta.gov.sg/content/onemotoring/home.html
- Anda perlu memohon sekurang-kurangnya dua minggu sebelum masuk dan kumpul pas dekat Joho Bahru nanti. Tapi kena ada backup plan, macam ambil public transportation plan also because they are very strict, sometimes your transport tak approve dan kena resubmit. Sila ikut garis panduan
- Buat anda yang nak masuk Singapura by land, kena muat turun aplikasi MyICA Mobile. Serahkan deklarasi imigrasi anda sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tiba di Singapura sebab imigresen dekat sana dan hampir automated clearance