CYBERJAYA: Pelakon, Zulin Aziz baru-baru ini memuat naik perkongsian kisah pengalamannya diganggu mahkluk halus ketika bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, memuat naik foto percutiannya bersama suami, Farhan Norzaini, 36, berserta kapsyen mengenai pengalamannya itu.
“Lama tak pergi Cameron Highlands. Tapi kena kacau hantu memang tak kelakar ya!
“Tak cukup tidur, dia ganggu sampai nak masuk subuh. Mengantuk pagi tu terus check out.
“Masa mandi, tiba-tiba ada bekas tapak tangan dekat cermin. Kau rasa?
“Bunyi bising, anjing menyalak, tarik perabot, Lepas ni aku pi Cameron balik hari jela, siang indah malam seram oi,” tulisnya.
Video yang kini mendapat lebih 2.3 juta tontonan itu turut membuatkan rata-rata warga net berkongsi pengalaman mereka ketika bercuti di lokasi yang sama.
“Sis pernah, tidur kat apartment puncak arabella , malam-malam dia main tutup bukak pintu ketuk-ketuk lantai tingkat atas,” kongsi seorang netizen.
“Baru pergi bulan 5 hari tu. Memilih hotel. Lastly, kena jugak. Bunyi org tarik perabot and lari-lari sepanjang malam. Lastly, tidur sambil bukak surah,” tulis seorang lagi warga maya.
Dalam pada itu, ada juga sebilangan warga net yang menasihatkan supaya tidak menginap di hotel atau resort yang kawasannya jarang dilalui orang ramai.
“Kalau pi Cameron tak payah tidur tempat mahal, sebab jarang orang keluar masuk. Tidur tempat murah selalu ada orang masuk jadi benda itu tak menetap,” kongsi netizen.