HomeBeritaAnwar jumpa Elon Musk minggu depan

Anwar jumpa Elon Musk minggu depan

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk pada minggu depan.

Perkara itu penting bagi perbincangan berhubung pelaburan syarikat terbabit di Malaysia sekali gus memperkukuhkan ekonomi negara.

“Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya, untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia.

“Minggu lalu saya jumpa pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan yang lalu saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah iaitu RM170 bilion,” katanya seperti dilapor Kosmo hari ini.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Tambah beliau, bagi menguruskan pendekatan ekonomi negara tumpuan perlu diberikan untuk menarik pelaburan domestik dan asing.

“Ini penting, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang, restoran, hotel dan lain juga akan terjejas,” ujarnya.

 

Author

Pilihan Editor