HomeTeknologiAplikasi bantu kesan jika kucing sakit, perlukan rawatan doktor haiwan

Aplikasi bantu kesan jika kucing sakit, perlukan rawatan doktor haiwan

 

MANEKI-NEKO (‘kucing memanggil’) adalah patung Jepun yang biasa, dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya. Bukan sahaja di Jepun, mereka popular di seluruh dunia dan sering dilihat di kedai dan rumah.

Pemilik kucing di Jepun sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk penjagaan dan kesejahteraan mereka, tetapi ia juga penting untuk mereka mengetahui perasaan kucing, sama ada mereka sedih atau tidak.

Kini, pemilik kucing boleh menerima bantuan yang diperlukan kerana firma teknologi dan universiti yang berpangkalan di Tokyo telah bekerjasama untuk mencipta aplikasi yang dilatih mengenal beratus-ratus imej kucing yang boleh memberitahu mereka apabila haiwan kesayangan mereka mengalami kesakitan.

Laporan yang diterbitkan oleh agensi berita AFP menyebut bahawa sejak dikeluarkan bulan lalu, “Pengesan Sakit Kucing” telah mengumpulkan 43,000 pengguna. Go Sakioka, ketua pemaju Carelogy berkata, bahawa kebanyakan pengguna berada di Jepun, tetapi ada juga di Eropah dan Amerika Selatan.

Laporan itu menyebut bahawa perisian itu adalah sebahagian daripada rangkaian teknologi yang semakin berkembang untuk pemilik haiwan peliharaan, yang risau tentang kesejahteraan haiwan peliharaan mereka. Beberapa aplikasi serupa ialah pengesan perasaan dan kesakitan yang dihasilkan di Kanada dan Israel.

Carelogy dan Kolej Sains Biosumber Universiti Nihon bersama-sama mengumpul 6,000 gambar kucing dan meneliti postur telinga, hidung, misai dan kelopak mata kucing dengan teliti.

Selepas itu, mereka menggunakan sistem penggredan yang dibangunkan oleh Universiti Montreal untuk membezakan antara kucing yang sihat dan yang sakit akibat gangguan yang sukar didiagnosis.

Sakioka berkata, pembangun aplikasi kemudiannya memasukkan maklumat tersebut ke dalam sistem pengesanan AI. Mereka dibantu apabila sekitar 600,000 gambar dimuat naik oleh pengguna.

Dia mendakwa bahawa aplikasi itu “mempunyai tahap ketepatan lebih daripada 90 peratus”.

Menurut Persatuan Makanan Haiwan Kesayangan Jepun, 60 peratus pemilik membawa kucing mereka ke doktor haiwan paling banyak sekali setahun.

“Kami mahu membantu pemilik kucing menilai dengan lebih mudah di rumah sama ada mahu berjumpa doktor haiwan atau tidak,” kata Sakioka.

“Cat Pain Detector” sudah pun digunakan oleh beberapa doktor haiwan di Jepun, tanah Hello Kitty, di mana pelancong berpusu-pusu ke kafe kucing dan beberapa pulau kecil ditakluki oleh kucing liar.

Tetapi “sistem AI masih perlu lebih tepat sebelum ia digunakan sebagai alat piawai”, katanya. – WION

Author

Pilihan Editor