CYBERJAYA: Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kini bergelar isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, semalam.
Kedua mempelai itu disatukan dalam sebuah majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat mereka di Geneva, Switzerland.
Khabar gembira itu dikongsi seorang jemputan merangkap pelumba Formula 1, Felipe Massa yang turut menyampaikan ucapan tahniah buat pengantin.
“Selamat mendirikan rumah tangga Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu,” tulis pelumba kelahiran Brazil itu menerusi Instagram.
Massa juga berkongsi paparan kad jemputan hari bersejarah antara, Yeoh, 60, dan Todt, 77.
“Kami bertemu di Shanghai pada 4 Jun 2004. Tarikh 26 Julai 2004, JT melamar MY dan bersetuju.
“Selamat mendirikan rumah tangga Jean Todt dan Michelle Yeoh, sayang kamu,” tulis pelumba kelahiran Brazil itu menerusi Instagram.
Untuk rekod, Michelle Yeoh yang merupakan pelakon wanita terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu pernah mendedahkan Todt membantu menghalau petugas membersihkan pentas pada acara berkenaan kerana melayannya dengan buruk.