HomeBeritaGolongan B40, M40 bakal dapat e-tunai RM100 - PM

Golongan B40, M40 bakal dapat e-tunai RM100 – PM

CYBERJAYA: Kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada seluruh rakyat dewasa di Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat yang berada dalam kategori B40 dan M40, berusia 21 tahun ke atas.

Menurutnya, inisiatif itu diberi susulan kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Author

Pilihan Editor