HomeHiburanHafidz Roshdi sah bercerai, enggan ulas soal 'future' bersama Athira

Hafidz Roshdi sah bercerai, enggan ulas soal ‘future’ bersama Athira

CYBERJAYA: Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Shuhada secara lisan pada 22 Februari lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Susulan itu, Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin mensabitkan berlaku penceraian talak satu yang mana keputusan itu dibuat selepas mahkamah telah meneliti permohonan dan keterangan daripada kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan sebelum ini.

Menurut Hafidz, dia berasa senang dengan segala proses yang berjalan lancar hari ini.

“Saya bersyukur kerana hari ini saya sudah bercerai talak satu. Saya nak ucap terima kasih buat semua yang hormat privasi dan karier saya. Saya hormati keputusan tuan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini,” ujarnya seperti dilapor portal Oh Bulan pada Khamis.

Disoal mengenai perancangan masa hadapan dan hubungannya dengan seorang wanita bernama Athira Yuhada, Hafidz berkata dia tidak dapat memberi sebarang komen.

“Masa depan biarlah Allah yang tentukan. No komen.

“Rilek dulu, pape roger. Kalau saya kahwin mesti saya bagitahu peguam saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Author

Pilihan Editor