HomeBeritaViral'Jangan jadi kebulur jantan', netizen bidas wanita 'buang' anak 11 tahun demi...

‘Jangan jadi kebulur jantan’, netizen bidas wanita ‘buang’ anak 11 tahun demi suami baharu

CYBERJAYA: Seorang wanita didakwa sanggup ‘membuang’ anak perempuannya berusia 11 tahun selepas suami yang baru dinikahinya tidak sampai setahun itu tidak mahu menjaga anak tersebut.

Menerusi perkongsian Facebook Herman Sudil, wanita itu berbuat demikian atas alasan suami barunya menganggap anak itu bermasalah.

“Tolonglah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah. Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapa tiri dia.

“Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak serumah dengan bapa tiri,” katanya.

Herman juga mendakwa, kanak-kanak perempuan tersebut tidak ingin pulang ke rumah sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa di rumah gurunya.

“Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapa tiri tanpa kehadiran emak.

“Ini bapa tiri kedua. Sebelum ini bapa tiri yang lain okay sahaja tak buat masalah. Tolonglah jadi orang tua pertahankan anak.

“Jangan pandai buat anak tetapi b***h menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin sahaja tetapi ‘b***h nak pertahankan anak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Herman menyatakan pihaknya sedang membantu kanak-kanak perempuan itu untuk mendapatkan tempat perlindungan

“Pengurus wanita kami sedang menyelesaikan isu tersebut di balai polis berdekatan untuk menguruskan budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal dan emak dia rela hati menandatangani dokumen untuk serahkan anak dia,” jelasnya.

Rata-rata pengguna Facebook turut bersimpati dengan nasib malang menimpa kanak-kanak perempuan tersebut serta menitipkan doa untuk kebahagiaannya di masa hadapan.

“Allahu Akbar, sedih ya perasaan anak ni, emak sendiri buang dia. Trauma sampai bila-bila, semoga adik ini jadi insan hebat suatu hari nanti,” kongsi netizen.

“Anak ini hilang satu ibu, tapi ramai ibu-ibu lain mendoakan untuknya,” tulis netizen.

“Semoga dipermudahkan ya adik, awak anak yang baik, kesiannya,” komen netizen.

 

Author

Pilihan Editor