HomeGlobalKediaman lima keluarga runtuh akibat jalan retak

Kediaman lima keluarga runtuh akibat jalan retak

BEBERAPA bangunan yang terletak di kawasan lereng bukit runtuh dalam hanya tempoh beberapa saat sebelum menyembah bumi di Mizoram, India pada Khamis.

Video tular itu pada mulanya memaparkan  struktur bangunan itu berdiri tegak sebelum mengalami keruntuhan, manakala kedengaran juga suara jeritan seorang wanita.

Bangunan tersebut merupakan kediaman milik lima keluarga, yang kesemuanya telah dipindahkan apabila struktur itu mula mengalami gegaran.

Pada masa sama, 18 keluarga yang tinggal berdekatan dengan bangunan itu juga telah dipindahkan, kata pihak berkuasa.

Penduduk tempatan berkata, jalan raya di sebelah bangunan itu telah mengalami keretakan pada 12 Jun.

Tambahan pula, pihak berkuasa memaklumkan bahawa hujan turun di kawasan terbabit dan menjangka keruntuhan bangunan.

Author

Pilihan Editor