HomeBeritaKerajaan lulus jaminan RM9.9 bilion bagi FELDA terbit sukuk lupus hutang peneroka

Kerajaan lulus jaminan RM9.9 bilion bagi FELDA terbit sukuk lupus hutang peneroka

CYBERJAYA: Kerajaan meluluskan jaminan sehingga RM9.9 bilion untuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menerbitkan sukuk bagi menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang peneroka.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Ahad berkata, bermula tahun ini, kerajaan menyalurkan peruntukan sehingga RM1 bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk FELDA yang antara lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka.

“Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan pelan pemulihan Felda, termasuk pelupusan hutang peneroka seperti yang pernah diumumkan, akan diambil tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya,” kata MOF.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong mengenai pelupusan hutang peneroka FELDA.

Muhyiddin turut menafikan dakwaan Anwar menuduhnya tidak melaksanakan pelupusan hutang tersebut semasa mentadbir kerajaan.

Pada Sabtu, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa kerajaan PN pimpinan Muhyiddin tidak melaksanakan janji dalam melupuskan hutang peneroka.

Author

Pilihan Editor