KUALA LUMPUR: Konsert Hausboom Music akan diadakan buat kali ketiga di Litar Antarabangsa Sepang pada 9 dan 10 September ini.
Penganjuran konsert kali ketiga ini menampilkan 35 artis termasuk lagenda muzik Malaysia antaranya, Search, Ratu Rock Ella, Maestro Datuk M. Nasir diikuti The President Joe Flizzow, Hujan, Exist, Spider, Bunkface dan SonaOne.
Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi berkata anjuran konsert kali ini adalah kerjasama bersama AFFIN Bank TRX.
“Kami di Hausboom berbangga dan bersyukur kerana konsert Hausboom Music yang diperkenalkan buat pertama kali pada 2018 kini memasuki siri yang ketiga tahun ini.
“Apa lagi Hausboom Music memang popular dan terkenal sebagai pelopor yang menggabungkan variasi genre seperti rock, dangdut, r&b, hip-hop misalnya dalam sebuah penganjuran konsert.
“Penganjuran konsert kali ketiga ini merupakan kolaborasi bersama AFFIN dan konsert Hausboom Music 2023 ini juga bakal melakar sejarah sebagai konsert lokal terbesar yang pernah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang,” katanya.
Azri berkata demikian pada sidang media konsert Hausboom Music 2023 di Menara AFFIN TRX, Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, Hausboom turut mengeluarkan 200,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad berserta kod QR bagi membolehkan pembeli berpeluang memenangi hadiah menarik seperti;
- Tiket-tiket VVIP berjumlah RM1,200 untuk sekeping tiket
- Barangan rasmi konsert Hausboom Music 2023
- Potongan harga bagi pembelian tiket ‘general’ konsert Hausboom Music 2023.
Tiket sudah mula dijual pada 25 Mei lalu dan harga tiket bermula dari RM199 sehingga RM1,200, pembelian boleh dilakukan di laman web www.ticket2u.com manakala untuk bayaran secara ansuran boleh dibeli melalui laman web rasmi Hausboom https://shop.hausboom.com/.