HomeGlobalLapan terkandas atas ‘roller coaster’ 72 kaki

Lapan terkandas atas ‘roller coaster’ 72 kaki

LAPAN individu termasuk seorang kanak-kanak berusia 8 tahun terkandas di dalam  ‘roller coaster’ yang terhenti di atas rel setinggi 72 kaki.

Lapor SkyNews, kejadian cemas itu berlaku di taman tema Adventure Island di Southend, Essex, England pada Jumaat.

Semua mangsa dilihat tergantung sebelum operasi menyelamat dilakukan dalam tempoh 40 minit.

Video mengenai kejadian itu tular di media sosial dan menimbulkan kerisauan kepada pengguna media sosial, sekiranya ada yang tercedera dalam insiden tersebut.

Pengarah urusan Kumpulan Stockvale, Marc Miller berkata, kejadian tersebut berlaku pada kira-kira pukul 2 petang, Jumaat.

“Semua penumpang selamat dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dalam masa 40 minit,” katanya.

Kumpulan Stockvale adalah syarikat yang mengendalikan Adventure Island.

Sementara itu, seorang saksi berkata, situasi tegang itu berlalu dengan tenang, apabila tiada seorang penumpang pun didengari menjerit atau berada dalam ketakutan.

Author

Pilihan Editor