HomeBeritaLegasi Rahmah Allahyarham Salahuddin diteruskan - Anwar

Legasi Rahmah Allahyarham Salahuddin diteruskan – Anwar

CYBERJAYA: Legasi Rahmah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menghargai jasa dan budi Allahyarham buat rakyat serta negara.

“Terima kasih untuk segala jasa dan budimu buat rakyat serta negara. Akan kami teruskan legasi RAHMAHmu. Damailah di sana, Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Isnin.

Terdahulu, Anwar mengimamkan solat jenazah buat Allahyarham Salahuddin di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot, Pontian, Johor sekitar jam 11 pagi.

Jenazah Salahuddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Untuk rekod, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam.

Beliau meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pendarahan otak dan ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.

Author

Pilihan Editor