HomeBeritaPolitikDAP pertaruh 15 calon pada PRN Selangor

DAP pertaruh 15 calon pada PRN Selangor

KUALA LUMPUR: DAP mengumumkan seramai 15 calon untuk dipertaruhkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan depan.

Daripada jumlah itu, enam merupakan calon muka baharu, manakala lapan lagi merupakan penyandang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada.

Sementara itu, penyandang DUN Balakong, Wong Siew Ki akan bertanding di DUN Seri Kembangan.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP di sini pada Isnin.

Loke berkata, lebih separuh daripada calon merupakan calon lelaki manakala satu perempat daripada adalah wanita.

“Majoriti daripada mereka adalah muda dengan purata umur 43.6 tahun.

“Usia muda menggambarkan kepercayaan berterusan parti terhadap pemimpin muda,” kata Loke.

Berikut merupakan senarai calon DAP yang akan bertanding di PRN Selangor.

1.N04 Sekinchan : Ng Suee Lim

2.N06 Kuala Kubu Bharu : Lee Kee Hiong

3.N22 Teratai : Yew Jia Haur

4.N27 Balakong: Ong Chun Wei

5.N28 Seri Kembangan : Wong Siew Ki

6.N30 Kinrara : Ng Sze Han

7.N31 Subang Jaya : Michelle Ng Mei Sze

8.N34 Bukit Gasing : Rajiv Risyakaran

9.N35 Bukit Tunku : Lim Yi Wei

10.N36 Bandar Utama:  Jamaliah Jamaluddin

11.N45 Bandar Baru Klang : Quah Perng Fei

12.N47 Pendamaran: Leong Tuck Chee

13.N50 Kota Kemuning : Preakas Sampunathan

14.N52 Banting: Papparaidu Veraman (Banting)

15. N56 Sungai Pelek: Lwi Kian Keong

Pada Ahad, DAP mengumumkan seramai 11 calon yang akan bertanding di Negeri Sembilan.

Parti itu hanya akan bertanding di empat negeri dan akan mengumumkan calon di Pulau Pinang serta Kedah pada Selasa ini.

Author

Pilihan Editor