HomeHiburanNetizen kecewa, Masya Masyitah ‘free hair’

Netizen kecewa, Masya Masyitah ‘free hair’

TREND selebriti wanita yang membuka hijab terus menjadi ikutan, apabila ada yang seolah-olah menganggap penutup kepala itu sebagai fesyen semata-mata.

Terbaharu, nama Masya Masyitah terus menjadi buah mulut selepas penyanyi muda itu tampil dengan imej tidak lagi bertudung.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 23, menerusi perkongsian terbaharu Instagram berkongsi beberapa fotonya dengan gaya berambut berona ala merah jambu tidak tumpah seperti patung Barbie.

Your mind has to be stronger than your feeling (fikiran anda harus lebih kuat daripada perasaan anda),” tulisnya menerusi kapsyen pada foto dimuat naik pada Ahad.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kesal dan mengecam perbuatan penyanyi tersebut yang dianggap seperti mahu menaikkan populariti.

Tulis al_ikhlas57: “Aduh sedih tengok dia ni. Nampak sangat keras kepala. Lagi orang dok kata lagi dia buat. Allahuakbar. Beringatlah dik oi. Dari awal permulaan perjalanan tu dah betul tapi hujung-hujung makin tunjuk belang.”

Ciklipsz menulis:  Artis yang tak bertudung terkejar-kejar nak bertutup bila usia makin lanjut. Yang bertudung pula terkejar-kejar nak buka tudung sebab kurang populariti.”

Tambah selambedal: “Benda boleh downgrade but apa nak nak upgrade kan. Enjoy la dunia ni dulu. Hat lain belakang kira.”

Sebelum ini, pelantun lagu Halimunan itu sering mendapat kecaman ramai kerana perlahan-lahan ‘melondehkan’ auratnya yang dikongsikan menerusi media sosial miliknya.

Juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua 2014 itu teruk dikritik apabila mengayakan baju sekolah dengan stoking ala-ala pelajar Jepun yang menampakkan kulit pahanya.

Minggu lalu, dia terus menjadi sorotan khalayak selepas berkongsi beberapa keping foto dirinya dalam Instagram dirinya bermain badminton dengan menggayakan hoodie sehingga bahagian lehernya yang terdedah.

Menjengah ruangan komen, ramai yang mengkritik tindakan pelantun lagu Halimunan itu namun pada masa sama tidak kurang, ramai yang mendoakan agar wanita itu kembali ke pangkal jalan.

Sebelum ini, Masya sering menjadi kecaman khalayak kerana perlahan-lahan ‘melondehkan’ auratnya yang dikongsikan menerusi media sosial miliknya.

Juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua 2014 itu teruk dikritik apabila mengayakan baju sekolah dengan stoking ala-ala pelajar Jepun yang menampakkan kulit pahanya.

Minggu lalu, dia terus menjadi sorotan khalayak selepas berkongsi beberapa keping foto dirinya dalam Instagram dirinya bermain badminton dengan menggayakan hoodie sehingga bahagian lehernya yang terdedah.

Author

Pilihan Editor