HomeHiburanPekin Ibrahim hanya duta, bukan pemilik sebenar GR Yaris Kansai

Pekin Ibrahim hanya duta, bukan pemilik sebenar GR Yaris Kansai

CYBERJAYA: Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai insiden membabitkan pelakon, Pekin Ibrahim yang terkilan kerana kereta Toyota GR Yaris Kansai yang dikatakan miliknya terlibat dalam kemalangan (total loss).

Bagaimanapun, sebuah syarikat jualan kereta, D One Motorsports Sdn. Bhd. tampil memberi kenyataan bahawa kereta Toyota GR Yaris Kansai bukanlah milik Pekin.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi di Instagram D One Motorsports, Pekin hanya bertindak selaku duta yang mempromosi syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd.

Jelasnya, pemilik sebenar kereta tersebut adalah Asnina Muhammad iaitu pengarah syariakt D One Motorsports.

“Saya adalah pengarah syarikat D One Motorsports dan merupakan pemilik kenderaan itu.

“Tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga tiada sebarang pembayaran deposit daripada Pekin.

“Tiada sebarang dokumen yang diberikan olehnya untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta,” katanya.

Tambah Asnina,, Pekin hanya menunjukkan minat untuk membeli kenderaan itu sahaja.

“Segala kos daripada proses pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta ke Jepun ditanggung oleh pihak kami,” maklumnya.

Menerusi kenyataan terbabit, Asnina turut menyertakan geran kenderaan sebagai bukti kereta terbabit adalah miliknya.

Terdahulu, kereta itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putra Height, Subang Jaya, Selangor.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu oleh rakan Pekin bernama Amirul dan turut dinaiki oleh dua rakan lain difahamkan mengalami kecederaan dan tiada sebarang kehilangan nyawa direkodkan.

Media difahamkan, kereta terbabit yang dibuat khas untuk Pekin turut mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu yang lalu.

Author

Pilihan Editor