SABAK BERNAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar menyaksikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.
Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Air Tawar, Azman Dahlan ketika mengumumkan perkara itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua pencalonan iaitu daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Tidak ada calon yang bertanding bagi tiket bebas di kawasan DUN berkenaan.
BN menamakan penyandang DUN itu, Datuk Rizam Ismail, manakala, PN mempertaruhkan, Mohamad Zaidi Selamat.
Proses penamaan calon yang bermula pukul 9 pagi di Dewan Seri Nakhoda, Pekan Bagan Nakhoda Omar itu turut dibanjir para penyokong daripada kedua-dua parti.