CYBERJAYA: Rakyat Malaysia diingatkan supaya menjaga pemakanan serta gaya hidup sihat.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, antara punca kegemukan dalam kalangan rakyat masa kini adalah disebabkan stres dan ‘healing’.
Perkara ini kerana, PHM beranggapan ramai antara rakyat Malaysia gemar menenangkan diri dengan ‘healing’ menerusi pengambilan makanan yang tidak sihat.
“Individu yang ada masalah stres yang kronik akan merembeskan lebih banyak hormon kortisol. Hormon ini yang menyebabkan selera makan bertambah berlipat kali ganda
“Mengetahui fakta ini, jangan biasakan guna makan makan sebagai cara untuk destress dan healing.
“Ia akan akibatkan peningkatan berat badan dan menyebabkan anda bertambah stress kerana baju tak muat!” tulis PHM.