HomeHiburanRemy Ishak bergelar ‘hot daddy’, isteri selamat lahirkan anak pertama

Remy Ishak bergelar ‘hot daddy’, isteri selamat lahirkan anak pertama

CYBERJAYA: Isteri kepada pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan Remy menerusi hantaran di Insta Story miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah. Isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 am, bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik.

“Terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah,” tulisnya.

Bagaimanapun, pasangan itu masih belum mengumumkan jantina bayi mereka.

Author

Pilihan Editor