HomeGlobalRomantik tak kena tempat, kekasih berpeluk atas motosikal undang bahaya

Romantik tak kena tempat, kekasih berpeluk atas motosikal undang bahaya

SETIAP pasangan bercinta selalunya akan berbuat apa sahaja untuk menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.

Namun, tidak semua perbuatan  boleh diterima masyarakat sekeliling, apatah lagi sekiranya membahayakan nyawa orang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sepasang kekasih menaiki motosikal berkelajuan tinggi.

Apa yang menarik perhatian adalah si wanita membonceng motosikal itu dengan cara menghadap si lelaki sambil berpelukan ketika kenderaan tersebut sedang bergerak.

Aksi lagak ngeri di jalan raya itu sekali gus mengundang kerisauan orang ramai jika ada nyawa yang melayang, tambahan pula si wanita tidak memakai topi keledar keselamatan.

Malah, ada yang mengecam perbuatan tersebut sebagai lucah dan tidak sensitif di tempat awam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di jejambat Outer Ring Road di Mangolpuri, dekat Delhi, India pada 16 Julai lalu.

Bertindak balas terhadap video itu, Polis Trafik Delhi menulis: “Terima kasih, anda diminta melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang lalu lintas sedemikian pada aplikasi Polis Trafik Delhi.”

 

Author

Pilihan Editor