HomeTeknologiSamsung bakal perkenalkan ‘Galaxy Ring’?

Samsung bakal perkenalkan ‘Galaxy Ring’?

CYBERJAYA: Syarikat terkemuka Samsung dilaporkan akan memulakan pengeluaran rintis cincin pintar seawal bulan hadapan, dan dipasarkan seawal 2024.

Produk yang mungkin dinamakan sebagai Galaxy Ring tersebut dijangka akan mengintegrasikan beberapa komponen pemantauan kesihatan, sekaligus melengkapkan penawaran peranti boleh-pakai dibawah Samsung, lapor Amanz.

Samsung turut dijangka perlu mendapatkan pelbagai pengesahan sebelum dapat dipasarkan sebagai peranti kesihatan.

Sebelum ini sendiri, Galaxy Watch mengambil sedikit masa sebelum ciri ECG diaktifkan kepada pengguna tempatan.

Galaxy Ring dijangka akan turut mengalami peringkat dan proses lebih kurang sama. – Amanz

Authors

Pilihan Editor