APPLE Inc dikhabarkan akan menaikkan harga iPhone 15 Pro Max yang bakal dilancarkan sehingga AS$200 (RM910).
Laporan itu muncul selepas beberapa ramalan menggambarkan barisan harga iPhone 15 meletakkan iPhone 15 Pro pada permulaan lebih tinggi berbanding iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.
Lapor McRumors, perkara itu diramalkan oleh seorang penganalisis di bank British Barclays, Tim Long.
Long memetik laporan syarikat rantaian bekalan di Asia dan mengaitkan peningkatan kos pembuatan iPhone dengan bahan berkualiti tinggi termasuk kanta telefoto periskopik baharu.
Pada masa sama, Long yakin bahawa iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan kekal pada harga yang sama, manakala iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max masing-masing menyaksikan kenaikan $100 (RM455) dan sehingga $200 (RM910).
Menurut penganalisis itu, barisan iPhone 15 mungkin diramalkan dengan harga permulaan seperti berikut:
- iPhone 15: AS$799 (RM3,638)
- iPhone 15 Plus: AS$899 ( RM4,093)
- iPhone 15 Pro: Â AS$1,099 (RM5,004)
- iPhone 15 Pro Max: AS$1,099 (RM5,004)Â
Walaupun Apple sentiasa dijangka menambah kenaikan AS$100 (RM455) pada harga iPhone 15 Pro, beberapa laporan mengatakan bahawa Apple dijangka menghapuskan peringkat storan 128GB.
Sebelum ini, Apple telah mengekalkan harga Pro Max pada AS$1,099 (RM5,004) untuk sekurang-kurangnya empat generasi iPhone.
Meskipun Samsung meningkatkan harga Samsung Galaxy S24 untuk bersaing dengan Apple ketika pelancarannya, telefon pintar itu jarang dijual pada harga runcit yang disyorkan.
Sebaliknya, diskaun sekitar 25 hingga 40 peratus dibuat ketika pelancaran, bagi memudahkan orang ramai merebut model baharu Samsung.