CYBERJAYA: Pelawak, Jep Sepahtu mengakui bahawa dia sememangnya tidak dijemput ke majlis pernikahan Shuib dan Watie.
Perkara itu dikongsinya ketika menjawab pertanyaan pengikut pada sesi ‘live’ di laman sosialnya.
“Oh, saya tidak dijemput,” kata Jep ringkas.
Jawapan ringkas itu sekali gus menamatkan persoalan yang berlegar di minda peminat kumpulan terbabit berhubung status persahabatan mereka.
Untuk rekod, majlis Shuib dan Watie yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights pada 23 Jun lalu mencetus tanda tanya dalam kalangan netizen apabila tidak kelihatan seorang pun dari kumpulan Sepahtu terutama Jep.