HomeHiburan‘Tolonglah jangan sampai menghina’ – Fikry Ibrahim pasang niat berpolitik? ...

‘Tolonglah jangan sampai menghina’ – Fikry Ibrahim pasang niat berpolitik?  

MENJELANG Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos ini, pelakon, Fikry Ibrahim menasihati masyarakat supaya berpolitik secara matang dan berhemah.

Malah, Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 29, turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyokong individu yang menerima rasuah.

“Kita rakyat Malaysia kena berfikiran terbuka. Saya sejujurnya minat politik tapi tak adalah sampai maki orang kalau tak setuju.

“Tak setuju itu kita faham, cuma tolonglah jangan sampai menghina sebab perbuatan itu menjadi contoh kepada masyarakat. Diam dan tak perlu sampai nak hina ustaz atau tokoh negara.

“Tak kisahlah pembangkang atau kerajaan, kita kena tunjuk contoh yang baik. Pemimpin pun kena tunjuk contoh kepada rakyat,” katanya seperti dilapor mStar.

Ketika diaju soalan mengenai penglibatan Fikry dalam arena politik, pelakon drama ‘Kau Yang Pertama’ itu mengatakan bahawa dia sememangnya berniat untuk menyertai bidang tersebut.

To be honest, saya ada memikirkan untuk membantu rakyat tapi untuk membantu rakyat tu first thing first, saya kena ada perniagaan hakiki dan kerja hakiki saya.

“Barulah niat saya masuk (politik) untuk membantu rakyat, tapi kalau saya masuk sekadar untuk bermain itu pastinya motivation saya jadi nak upgrade nak jawatan sebab saya tadak kerja hakiki, so selagi mana saya ada mentaliti itu saya takkan masuk politik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fikry bakal ke layar perak buat pertama kalinya dalam filem Rahsia yang bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2023.

Author

Pilihan Editor