HomeGlobalWarga emas maut dirempuh dua bas

Warga emas maut dirempuh dua bas

SEORANG pejalan kaki maut selepas dirempuh dua bas mini di Hong Kong, China pada Khamis.

Menurut saksi, mangsa pada mulanya mahu melintas Jalan Hong Ning di Kwong Tong, apabila bas mini dipandu lelaki berusia 48 tahun dilihat menuruni lereng.

Bas itu kemudian hilang kawalan dan melanggar mangsa pada pukul 7.20 malam.

Mangsa berusia 59 tahun itu kemudian tercampak ke laluan bertentangan, sebelum dilanggar sebuah lagi bas mini dipandu lelaki berusia 50 tahun.

Sepasang selipar dan minuman milik mangsa turut dilihat tercampak ke atas jalan.

Pasukan paramedik kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Dalam pada itu, cermin bas mini pertama dilapor retak, manakala bahagian kanan kenderaan tersebut juga kemik.

Pihak polis sedang melakukan siasatan berhubung nahas itu.

Author

Pilihan Editor