HomeBeritaViral14 sebab kedai mamak jadi pilihan rakyat Malaysia

14 sebab kedai mamak jadi pilihan rakyat Malaysia

CYBERJAYA: Walaupun banyak restoran baru yang dibuka dan lebih ‘trendy’, restoran mamak tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia khususnya sebagai lokasi meluangkan waktu bersama rakan-rakan.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang lantang bersuara mengenai kualiti restoran, kafe dan restoran yang dibuka masa kini rata-ratanya kurang menyenangkan sehingga ada yang berasa hampa dengan layanan pelayan di sesebuah kedai dianggap kurang beradab.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, Afyan Mat Rawi, disebabkan perkhidmatan yang kurang memuaskan, majoriti rakyat Malaysia lebih gemar makan di kedai mamak.

Malah, Afyan turut menyenaraikan 14 faktor yang mempengaruhi orang ramai untuk makan di kedai mamak. Berikut adalah senarainya: 

1. Servis pantas

Makanan cepat sampai, tak perlu tunggu lama-lama. Bak kata lirik filem Ejen Ali The Movie, ‘Mamak maju.. servis laju’.

2. Pekerja gigih

Pekerja berdiri 24 jam, ambil pesanan, layan pelanggan dan kemas meja kotor. 

3. Kepelbagaian jenis makanan

Terdapat macam-macam makanan, dari masakan melayu sampai barat, puas hati buat pilihan. Terdapat roti canai, telur separuh masak, nasi lemak, sotong, iklan dan banyak lagi. Semua ada asalkan ada duit.

4. Teh tarik sedap gila! 

Teh tarik di kedai mamak paling sedap!

5. Tempat ‘lepak’ terbaik

Suasana santai, relax je duduk lepak lama-lama tak ada hal.

6. Unlimited time

Pekerja tak akan halang kalau lepak/borak lama-lama walaupun hanya pesan teh tarik

7. Boleh variasikan pesanan

Pelanggan boleh buat permintaan macam-macam janji puas hati, pekerja tak kisah.

8. Buka 24 jam

Bila-bila pun boleh makan, tak perlu risau lapar tengah malam.

9. Televisyen besar, senang tonton bola

Ada TV besar, boleh tengok bola dan sukan/filem lain dengan kawan-kawan.

10. Hormati waktu Jumaat

Banyak kedai mamak tutup pada waktu solat Jumaat untuk mudahkan pekerja pergi solat Jumaat.

11.  Pengkhususan kerja

Setiap pekerja tugasnya jelas. Cashier hanya di cashier, tukang tebar roti canai hanya tebar roti canai, pembasuh pinggan layak di dapur, dan penggoreng masak dari awal hingga akhir. 

12. TV besar untuk tengok bola 

Boleh jerit dan suka-suka menonton bola tanpa risau mengganggu orang lain. Dah jadi macam mini stadium. 

13. Mudah mesra dan Public Relations (PR) yang bagus

Kalau kita kerap ke restoran yang sama, pekerja boleh ingat pesanan kita dan mengenali kita serta keluarga.

14. Tempat penyatuan bangsa

Semua bangsa boleh makan di sini, menjadi tempat berkumpul tidak kira bangsa.

Author

Pilihan Editor