HomeBeritaViral12 ahli keluarga teman ambil kereta baru, raih pujian netizen

12 ahli keluarga teman ambil kereta baru, raih pujian netizen

CYBERJAYA: Setiap manusia pasti teruja jika hari terindah mereka dirai bersama dengan insan tersayang.

Sama ada hari perkahwinan, sambutan ulang tahun mahupun hari konvokesyen tentunya menjadi kenangan manis jika dihadiri ahli keluarga atau rakan karib.

Itulah yang dialami oleh seorang gadis apabila hari bersejarah untuk dia mengambil kereta pertamanya di sebuah cawangan syarikat Proton di Pulau Pinang, turut dihadiri seisi keluarga.

Menerusi perkongsian video di TikTok @protonpenang, kelihatan gadis berkenaan hadir ditemani 12 ahli keluarganya.

Malah, video berdurasi 12 saat itu jelas memaparkan wajah adik-beradiknya yang tumpang gembira akan hasil titik peluhnya memiliki sebuah kenderaan.

@protonpenang

Tahniah kavashini Customer online dari tik tok #salesadvisorproton #protonbutterworth #protonpenang

♬ original sound – syalona – syalona

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut gembira melihat semangat kekeluargaan yang dipaparkan gadis itu sekeluarga.

“Jealousnya family dia semua supportive,” komen netizen.

“Seronoknyaaa.. igt senang ke semua nak dtg support ..mgkin ade yg apply cuti tu..tumpang seronok,” tulis seorang lagi warga maya.

“I taktau why i terharu & tersentuh tengok family ni. Diaorang celebrate together even the small happiness in the family. Congratulation,” ucap seorang lagi netizen.

Author

Pilihan Editor